PERKHIDMATAN RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG! WASSAP UTK SEMAK SEBUTHARGA ANDA KE : 011-18719490 / 013-9238084 :) ADA DISKAUN MENANTI ANDA YG RENEW ROADTAX & INSURANS DGN KAMI! :)
RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG
Tuesday, 19 July 2016
Testimoni
Testimoni...Alhamdulillah. Rata2 pelanggan sgt berpuas hati dgn servis yg diberikan. Mereka sudah, anda bila lagi?? Ada diskaun menanti anda yg renew roadtax & insuran dgn kami. :)
Wassap ke 011-18719490 / 013-9238084. :)
Wednesday, 13 July 2016
Cara Semak Status Senarai Hitam
Jom semak status senarai hitam. klik link berikut :
http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-senarai-hitam
Kemudian pilih dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
Mudah bukan?? Semuanya di hujung jari saje..:)
Kepada yang ada senarai hitam tu jgn tunggu lama2 ye...cepat2 lah pegi selesaikan saman blacklist tu untuk memudahkan urusan anda ketika nak renew roadtax nanti. Jika ditangguh nanti lagi bertambah saman yg perlu anda bayar. Roadblock pun ada di mana2 sekarang.. jadi jgn lengahkan bayar saman atau blacklist. Kos hidup makin meningkat, jgn ditambah beban lain di atas bahu anda. Ingat tu. :)
http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-senarai-hitam
Kemudian pilih dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
Mudah bukan?? Semuanya di hujung jari saje..:)
Kepada yang ada senarai hitam tu jgn tunggu lama2 ye...cepat2 lah pegi selesaikan saman blacklist tu untuk memudahkan urusan anda ketika nak renew roadtax nanti. Jika ditangguh nanti lagi bertambah saman yg perlu anda bayar. Roadblock pun ada di mana2 sekarang.. jadi jgn lengahkan bayar saman atau blacklist. Kos hidup makin meningkat, jgn ditambah beban lain di atas bahu anda. Ingat tu. :)
Nak semak saman anda?
Jom semak saman anda dengan klik ke link ini :-
http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
kemudian masukkan no. id anda atau no. kenderaan.
Senang bukan?? :)
Jgn lupa bayar saman ye sebelum kenderaan anda disenarai hitam oleh pihak jpj. Jika dah ada blacklist pasti akan menyukarkan proses renew roadtax anda.
http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
kemudian masukkan no. id anda atau no. kenderaan.
Senang bukan?? :)
Jgn lupa bayar saman ye sebelum kenderaan anda disenarai hitam oleh pihak jpj. Jika dah ada blacklist pasti akan menyukarkan proses renew roadtax anda.
Monday, 27 June 2016
Tips Penting Membeli Kereta Terpakai
Buat Pilihan Jenama Yang Tepat Sebelum Membeli Kereta
Pilihan yang tepat amat penting sebelum anda memutuskan untuk membeli
kereta. Beberapa perkara yang mesti dipertimbangkan.... kecuali anda
memang betul-betul berminat dengan kereta dan jenama tersebut, kalau tak
beli anda boleh jadi makan tak lalu mandi tak basah.... juga anda orang
berduit bolehlah teruskan dengan minat anda.
Perkara utama yang mesti dipertimbangkan ialah:
a. Reliability
Reliabilty dan quality sepatutnya menjadi perkara utama dalam memilih
kereta. Ketepatan dalam memilih jenama yang berkualiti mengelakkan anda
tidak perlu mengeluarkan wang dan masa yang banyak untuk berulang-alik
ke bengkel. Biasanya kereta ini tak banyak meragam... selesa dipakai dan
handlingnya baik walaupun usia melebihi 10 tahun.
b. Pilihlah kereta yang banyak dipakai orang dan masih ramai lagi orang
yang memakai jenama ini walaupun usia kereta sudah lanjut. Biasanya
kereta-kereta yang banyak dipakai orang mudah untuk mendapatkan spare
part. Spare partnya pun tidaklah mahal sangat. Jenama proton (tak semua
model) dan perodua dari buatan tempatan mungkin boleh dipertimbangkan.
Begitu juga jenama dari Jepun seperti Toyota, Honda dan Nissan merupakan
pilihan ramai.
c. Maintenance rendah. Bagi orang yang ingin jimat duit lebih
baiklah cari kereta yang senang untuk dijaga dan kosnya agak rendah
untuk dibaiki. Kereta-kereta Korea dan Eropah biasanya spare part mahal
dan kadang-kadang susah untuk dapatkan spare partnya.
d. Harga kereta. Biasanya kereta yang kurang demand di pasaran
harganya agak murah walaupun masih baru...kenape? Faktornya adalah
sebagaimana yang dibincangkan di atas.
Berhati-Hati Semasa Membeli Kereta Terpakai
Biasanya kereta-kereta yang ada dijual di kedai-kedai used car ada
'masalah', sama ada sedikit atau banyak. Sekiranya anda tersilap beli
anda akan menghabiskan duit dan masa dengan keluar masuk woksyop.
Semasa melihat-lihat kereta yang nak dibeli sebaiknya fikirkan dulu
kenapa agaknya owner asal jual kereta ni... Ada sebab-sebab tertentu
orang jual kereta di antaranya;
a. Tak mampu bayar hutang yangmana akhirnya terpaksa dijual. Biasanya
kereta ini masih baru dan untung juga owner kedua kerana kereta ini
kurang masalah atau tidak ada masalah langsung - pakai je. Ada juga
kereta yang ditarik dan dibeli oleh used car semasa lelongan bank.
b. Pada pandangan aku orang kaya terutama ahli perniagaan biasanya tak
pakai lama kereta iaitu sekitar 3 tahun shj (itupun dah dikira lama).
Mereka akan sentiasa mengikut perkembangan model kereta ..yalah banyak
duit katakan...dan bagi mereka kereta adalah untuk menunjukkan keyakinan
kepada customer mereka. Biasanya orang kaya akan lanyak kereta mereka
cukup-cukup...ya lah tak ada niat pakai lama katakan.. .Namun ada juga
yang orang kaya yang ada sampai 5/6 biji kereta..so yang ni kereta
mereka tak lasak kerana kurang diguna.
c. Owner asal jual kerana kereta sudah mengalami accident yang teruk.
d. Ada orang jual kereta kerana sudah tak tahan asyik berulang alik
worksyop...bukan kerja kat woksyop tapi terpaksa ke sana kerana kereta
meragam.
e. ada orang jual kereta kerana tak puas hati dengan performancenya.
f. Kereta yang umurnya melebihi 5 tahun biasanya terdapat parts yang
perlu ditukar. Ini adalah kerana parts kereta ada expired. Contohnya
timing belt boleh dipakai untuk 60ribu (bagi kenderaan buatan Korea) dan
100 ribu (bagi kereta Malaysia dan Jepun).
Cara Memilih Kereta Terpakai
a. Bawa pomen, sebaik-baiknya bawalah pomen itu untuk cek kereta yang
anda nak beli kereta mereka merupakan pakar kereta. Sekali pandang dan
sekali start sahaja pomen sudah tau baik buruknya kereta tu.
b. Periksa keadaan cat kereta. Kereta yang mempunyai cat asal adalah
lebih baik untuk dibuat pilihan. Biasanya pihak used car akan cat
kereta-kereta yang akan dijual supaya kelihatannya lebih menarik.
Sekiranya kereta yang telah dicat semula pastikan warnanya adalah warna
asal. Nak tahu warna asal cek pada bahagian enjin. Biasanya warna asal
akan tercatat (engraved) pada bahagian badan kereta berhampiran dengan
enjin.
Sekiranya warna yang tercatat adalah berlainan dengan warna terkini
padahal kereta masih baru iaitu sekitar 5 tahun ke bawah kemungkinan
kereta itu sudah mengalami kemalangan yang teruk. Catatan warna asal
juga terdapat pada geran kereta. Sekiranya warna terkini adalah
sepertimana yang ada pada 'engraving' atau pada geran, anda boleh cek
bahagian dalaman kereta seperti bahagian enjin, bahagian antara badan
dan pintu kereta, dalam boot dan lain-lain bahagian terutama bahagian
yang tersembunyi.
Bahagian-bahagian ini pasti ada perbezaan dengan bahagian luar, biasanya
bahagian dalaman kenderaan warnanya adalah pudar. Sekiranya bahagian
dalaman ini ada kesan baru di cat kemungkinan juga kereta telah
mengalami kemalangan atau warna pada compartment enjin totally
berlainan; cth dalam compartment warna biru tetapi bahagian luar badan
sudah di spray putih, confirm kereta ni ada accident teruk. Dinasihatkan
juga agar tidak melihat kereta semasa hujan atau kereta basah. Kalau tengok masa ni semuanya nampak bagus.
c. Periksa bahagian bawah badan kenderaan.
Anda juga boleh cek keseluruhan bahagian bawah kereta
tentang kemungkinan terdapat kesan kemek atau kedudukan parts yang tak
sama. Kereta yang pernah mengalami kemalangan bahagian bawah susah untuk
dibetulkan dan tidak boleh buat alignment. Jadi anda terpaksa sentiasa
menukar tayar kerana bunga tayar cepat haus sebelah. Anda juga boleh
cek kedudukan tayar kereta. Tayar depan mesti selari dengan tayar
belakang. Boleh cek dengan cara pejam sebelah mata dari kedudukan tayar
depan dan perhatikan ke arah tayar belakang sama ada tayar depan dan
belakang sama atau tidak. Juga cek kebocoran minyak hitam dan minyak
gear, sekiranya ada kesan minyak menitik atau kesan minyak yang banyak
dalam enjin elakkan beli kenderaan ini kelak anda terpaksa menghabiskan
duit untuk repair. Anda boleh juga minta supaya pihak used car
repair enjin. Tetapi pada pandangan saya elakkan beli kereta ini kerana
sekiranya mereka repair, mereka repair paling minima.
d. Bahagian dalaman kenderaan.
Cek bahagian dalam kereta, sekiranya bahagian dalam kereta terutama
dashboard, bahagian tengah konsol gear dan lain-lain, sekiranya
plastik-plastik ini tercalar dan nampak lusuh ertinya tuan asal kurang
memperdulikan kenderaannya, Periksa juga semua butang dan suis, barang
elektronik seperti power window, signal, lampu, wiper, aircond dan
lain-lain di 'on',. Aku pernah terjumpa kereta yang apabila dipasang
lampu besar, enjin akan terpadam. Ini bererti sistem elektriknya tidak
baik. Jangan beli kereta ini. Biasanya pihak used car akan bagi kita
bateri lama. Jadi demand dengan mereka supaya belikan yang baru atau
pastikan voltan masih tinggi, kalau tidak jangan beli kereta ini.
Pastikan aircond sejuk, sekiranya aircond tidak sejuk atau rosak, jangan
beli kereta ini sekalipun salesman berjanji akan repair. Aku sendiri
pernah terkena; aku dah sedar bahawa aircond tak sejuk tetapi dah
berkenan sangat dengan kereta ni, aku mintak pihak used car repair. Apa
yang jadi ialah semasa aku mula-mula ambil kereta tu, aircondnya sejuk
tetapi setelah beberapa hari pakai aircond tak sejuk. Aku complain kat
used car tu balik tapi dah terlambat, duit sudah dibayar cina tu kata
tak ada perjanjian warranty.
e. Warranty
Sebaiknya anda minta warranty untuk kereta terpakai yang dibeli.
Warranty kereta 2nd hand tak lama iaitu sekitar 2 minggu hingga 3 bulan
bergantung kepada used car. Kebanyakannya mereka tak berani nak bagi
warranty kecuali pembeli yang minta. Sekiranya ada perjanjian warranty,
minta salesman catat di bahagian resit. Sekiranya mereka tak berani
bagi warranty lebih baik abaikan kereta tu. Used car bersepah kat mana2
terutama bandar-bandar besar.
f. Jangan tunjukkan anda terlalu berminat dengan kenderaan itu.
Sekiranya anda tunjukkan minat yang berlebihan, di sinilah pihak
salesman akan berusaha memujuk anda supaya terus saja letak deposit,
ingat selepas anda tinggal deposit jangan harap anda akan dapat balik
duit itu melainkan anda terpaksa juga beli kereta tu atau deposit anda
lesap. Sebenarnya anda mempunyai masa yang banyak untuk memilih dan
memikirkan kereta yang terbaik untuk anda.
6. Periksa enjin
Buka bonet dan cek bahagian enjin. Sekiranya enjin belum dibersihkan
minta salesman cuci enjin, esoknya cek sekali lagi enjin yang
sudah dibersihkan dan pastikan tiada minyak yang keluar. Kemudian cuba
hidupkan enjin, pastikan enjin dapat dihidupkan sekali atau dua kali
start sahaja. Tekan pedal minyak dan cek asap yang keluar, jangan beli
kereta yang asapnya masyaallah berkepul-kepul keluar dari exzos kecuali
enjin diesel. Asap yang banyak keluar menandakan kereta kena overhaul.
Tali kipas, tali aircond dan tali enjin juga pastikan tidak nampak kesan
pecah. Water hose juga boleh dicek dengan ditekan dengan menggunakan
dua jari, sekiranya terasa ada bunyi seperti hose sudah rapuh minta
salesman tukarkan. Biasanya hose boleh bertahan sehingga 8 atau 10
tahun.
7. Mileage
Carilah kereta yang mempunyai mileage yang rendah. Kereta yang mempunyai mileage tinggi biasanya maintenencenya juga tinggi.
8. Tayar
Carilah kereta yang mempunyai tayar baru dan bunga masih banyak.
Sekiranya tayar telah botak, minta salesman gantikan dengan baru - kalau
dia nak bagi secondhand tyre; jangan terima. Awas! tayar 2nd hand
mempunyai tarikh luput walaupun bunga masih banyak. Biasanya tayar
buatan Malaysia jangka hayatnya ialah 5 tahun dan tayar import 3 tahun.
Mesti diingat ramai orang sukakan tayar 2nd hand kerana ianya murah
walhal tayar itu sudah tidak selamat. Banyak juga kes-kes kemalangan
kerana tayar pecah.
9. Test Drive
Kereta yang nak dibeli mestilah di test drive. Sebaiknya driving yang
boleh mencapai 100+ km/h. Apabila anda sedang test drive cubalah dengar
bunyi2 yang asing sekiranya ada, kalau ada bunyi asing seperti bunyi
bising pada gear box atau kereta bergegar sebaiknya elakkan membeli
kereta ini. Ada juga salesman berkeras tak bagi kita test drive...
kononnya takut rosak, so don't ever ever beli kereta ni, kita pun mesti
berkeras, tak bagi test tak jadi beli.
10. Resit Service
Sebaiknya cuba dapatkan resit service kereta tersebut dengan salesman.
Biasanya kereta yang berusia 5 tahun ke bawah masih ada lagi resit-resit
service sekiranya owner asal serahkan kepada used car. Masa aku trade
in kereta aku dulu pun pihak used car minta semua resit service dan yang
berkaitan dengannya. Pada resit ini akan tercatat semua aduan yang
telah dibuat oleh tuan kereta yang asal. Jadi secara tak langsung kita
akan dapat tahu sejarah service dan pemeriksaan yang telah dibuat di
pusat-pusat service bertauliah.
#CP
24 Tips Asas Servis Kereta Supaya Tidak Ditipu
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. Filter – sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa – 5000km
Minyak Synthetic – 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji…
4. Bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai… BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. Timing belt – 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!
6. Clutch plat – Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!
7. Fuel Filter – tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8. Air Filter atau Filter Udara – yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF – Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100…ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil – untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid – Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15… selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt – Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai “preventive maintenance”
15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.
16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.
18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
19. Flush? kalau dlm buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
20. Water pump – ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug – every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad – tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc
24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.
Kalau greencard ditahan oleh pihak bank sebab kenderaan masih “under loan”? Macamana?
- Kalau kenderaan korang “under loan”, geran kereta korang ditahan oleh pihak bank & yang ada cuma salinan photostat, pergi ke bank & bagitahu diorang korang nak perbaharui cukai jalan, perlukan geran original. Takde yang original, tak boleh nak perbaharui cukai jalan, bagitahu je macam tu. Diorang pun sememangnya faham.
Boleh tak renew roadtax tanpa perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu?
- Tak boleh. Sebab bila di key-in dalam sistem, akan keluar amaran “einsuran tidak sah/wujud”. Dan ianya akan tetap macam tu selagi insuran tak diperbaharui terlebih dahulu. Sistem akan secara automatik menghalang cukai jalan diperbaharui. Sama juga walaupun korang gi pejabat JPJ, diorang akan suruh perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)



