- Kalau dah genap setahun atau lebih korang tak perbaharui cukai jalan (boleh rujuk bahagian belakang geran, tengok tarikh terakhir korang renew roadtax). Jangan buang masa korang pergi ke pejabat pos, memang takkan dapat punya. Sebab memang tak dapat nak di key-in dalam sistem. Kerani kaunter pun akan cakap benda yang sama gak, suruh korang pergi ke pejabat JPJ.
- Rujuk gak bahagian belakang geran tu, kalau bahagian atas yang bernombor tu (petak rc namanya) dah penuh, dan bahagian bawah pun dah penuh [kecuali bahagian tengah belakang geran], terus pergi ke JPJ tukar geran baru. Sama gak bagi kes geran yang dah kabur, tak dapat nak dibaca apa yang tertulis kat geran tu, atau koyak ke, hilang ke.
- Kalau kerani kaunter pejabat pos beritahu korang yang kenderaan korang disenaraihitamkan atau rujuk JPJ, ada dua sebab je samada disebabkan korang dah genap setahun tak perbaharui cukai jalan atau ada saman yang korang belum bayar. Ada kes di mana walaupun saman dah dibayar, tetapi di dalam sistem JPJ belum dikemaskini. Kalau tidak silap, ianya mengambil masa 3 hari atau mungkin lebih. Sila rujuk pihak JPJ untuk maklumat yang lebih tepat.
- Kalau kenderaan korang jenis Rigid-decon hanya dapat diperbaharui di JPJ). Kat Pejabat Pos memang tak dapat sebab tiada dalam sistem.
PERKHIDMATAN RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG! WASSAP UTK SEMAK SEBUTHARGA ANDA KE : 011-18719490 / 013-9238084 :) ADA DISKAUN MENANTI ANDA YG RENEW ROADTAX & INSURANS DGN KAMI! :)
RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG
Monday, 27 June 2016
Urusan Renew Roadtax Perlu Dilakukan Di Pejabat JPJ Apabila
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment