Kebanyakannya kita hanya tahu start enjin dan jalan sahaja.
Ada perkara-perkara yang sangat asas yang perlu anda tahu sebagai seorang pemilik kereta, antaranya:
1. Perlu cek air bateri kereta selalu. Takde air, alamat bateri kong
dan kereta tak boleh dihidupkan. Perlu bantuan bateri dari kereta lain
dan guna jumper untuk hidupkan enjin kereta anda.
2. Paras minyak enjin mesti selalu pada paras selamat supaya enjin tidak haus cepat dan elakkan kerosakan enjin.
3. Nak on aircon jangan sampai kelajuan kereta mencecah paras 100 km/jam, seeloknya masa kereta belum bergerak.
4. Tayar mestilah buat alignment setiap jarak kilometer tertentu dan
buat rotation supaya tak haus sebelah je (Rotation tu apa?).
5. Sentiasa lihat paras air dalam radiator. Jangan sampai kering
nanti berasap enjin silap-silap boleh piston melekat dan akibatnya kena
overhaul.
Ini asas sahaja yang pemilik kereta mesti tau jika anda sayang kereta
lah kan. Tak sayang tak apa. Kalau rosak hantar bengkel je. Habis
cerita.
Namun bagi mereka yang sayangkan kereta anda adalah mesti menitik
beratkan penjagaan kereta yang asas supaya ianya sentiasa bersedia
berkhidmat untuk anda.
Kereta yang dijaga baik tidak anda mengecewakan pemiliknya disaat kereta sangat diperlukan penggunaannya.
Kereta yang tidak dijaga baik, silap-silap nanti dia merajuk dengan kita (rosak la tu).
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Jagalah kereta anda.
Sayangilah kereta anda.
Selamatkan poket anda.
No comments:
Post a Comment