Di sini, penulis bukanlah berniat untuk menghalang untuk anda membeli kereta yang hebat, namun memberi penerangan mengenai akibat dan panduan pembelian kereta baru.
Perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan untuk membeli kereta baru ialah seperti berikut:
- Belilah sebuah kereta mengikut kemampuan bukan untuk bermegah dengan kereta tersebut (kalau sudah betul-betul mampu tidak menjadi masalah)
- Beli kereta mengikut keperluan anda. Contohnya, jika anda belum berkahwin anda hanya perlu membeli sebuah kereta sedan atau kompak bukannya MPV.
- Buat kajian mengenai kos penyelenggaran kenderaan tersebut, sama ada ia murah atau sebaliknya.
- Perlu tahu mengenai kos untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta tersebut.
- Bertanya kepada ibu bapa mengenai pandangan mereka sebelum membeli kereta.
- Carilah sebuah kereta yang jimat penggunaan petrol.
No comments:
Post a Comment