Memang terdapat servis yang khusus, terutama kereta baru, namun ramai
jugak pomen yang suka ambik kesempatan, rosaknya sikit je, tapi balun
duit cukup cukup dengan bagitau banyak bahagian yang rosak, korang
pernah alami masalah nie tak?
Terdapat perbezaan yang ketara terutamanya bila kita bercakap tentang
penjagaan kereta. Selain servis tukar minyak hitam atau minyak enjin
terdapat jugak aspek lain, seperti cara pemanduan dan cara untuk tahu
kenderaan kita sakit atau tak, so korang kena peka dengan sebarang
perubahan bunyi, minyak yang tumpah, asap yang keluar selain, dashboard
kereta seperti petunjuk tahap heat atau kepanasan enjin, air cond, dan
sebagainya. Malahan bahagian yang tidak melibatkan enjin juga perlu
diberikan perhatian.Contoh tayar atau getah serta plastik juga pada
kenderaan atau kereta perlu diberikan perhatian, banyakkan.. So
sebenarnya penjagaan kereta nie jugak bergantung kepada owner keta tu,
kalau korang sanggup serah segalanya kepada pomen,tak jadi hal jika
pomen tu jujur...tapi bagaimana jika pomen tu menipu, Banyak bengkel
buat duit dengan cara nie, bukan saya kata semua tapi ada yang tak
jujur...so bagaimana nak jaga kereta korang supaya tahan lama? Berikut
adalah tips ringkas
Tip 1
Memeriksa dan menukar minyak hitam atau minyak enjin secara berkala atau
berjadual, pastikan juga tidak berlaku sebarang kebocoran pada pam
minyak. Pertukaran minyak hitam memastikan enjin terpelihara dengan
baik. Pengguna minyak semi sintetik atau fully sentetik juga boleh
mempengaruhi prestasi enjin kita
Tips 2
Sistem cooler atau penyejuk pada kenderaan juga perlu diberikan
perhatian, cecair penyejuk atau air perlu diperiksa secara berkala,
pastinya ianya sentiasa mencukupi.
Tip 3
Tukar minyak enjin dan minyak gear secara berkala dan mengikut jadual
yang ditetapkan. Walaupun jarang berlaku masalah,namun perhatian kepada
kedua dua jenis minyak nie penting kerana jika berlaku kebocoran, lagi
banyak kos yang korang perlu tanggung
Tip 4
Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian...emm nie paling sukar
kan...namun itulah hakikatnya, boleh je hantar ke car wash tapi korang
perlu pastikan juga kekotoran di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku
sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh
menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.
Tip 5
Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin
Tip 6
Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish
juga perlu ,untuk memastikan korang menyingkir tar atau kotoran lain.
Tar sebagai contohnya halus je, namun sekali melekat dekat keta korang,
seksa nak membuangnya walaupu kecil je tar tu.
Tip 7
Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup
Tip 8
Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan
jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa jugak, korang gunakan
cover pelindung yang sesuai.
Petua 9
Memeriksa, bersihkan cover plastik yang menutup bahagian dalaman tayar.
Tip 10
Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak
berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara
berkala.
No comments:
Post a Comment