RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

Sunday, 12 June 2016

10 Tips Asas Menjaga Kereta

 
 
Memang terdapat servis yang khusus, terutama kereta baru, namun ramai jugak pomen yang suka ambik kesempatan, rosaknya sikit je, tapi balun duit cukup cukup dengan bagitau banyak bahagian yang rosak, korang pernah alami masalah nie tak?

Terdapat perbezaan yang ketara terutamanya bila kita bercakap tentang penjagaan kereta. Selain servis tukar minyak hitam atau minyak enjin terdapat jugak aspek lain, seperti cara pemanduan dan cara untuk tahu kenderaan kita sakit atau tak, so korang kena peka dengan sebarang perubahan bunyi, minyak yang tumpah, asap yang keluar selain, dashboard kereta seperti petunjuk tahap heat atau kepanasan enjin, air cond, dan sebagainya. Malahan bahagian yang tidak melibatkan enjin juga perlu diberikan perhatian.Contoh tayar atau getah serta plastik juga pada kenderaan atau kereta perlu diberikan perhatian, banyakkan.. So sebenarnya penjagaan kereta nie jugak bergantung kepada owner keta tu, kalau korang sanggup serah segalanya kepada pomen,tak jadi hal jika pomen tu jujur...tapi bagaimana jika pomen tu menipu, Banyak bengkel buat duit dengan cara nie, bukan saya kata semua tapi ada yang tak jujur...so bagaimana nak jaga kereta korang supaya tahan lama? Berikut adalah tips ringkas



Tip 1
Memeriksa dan menukar minyak hitam atau minyak enjin secara berkala atau berjadual, pastikan juga tidak berlaku sebarang kebocoran pada pam minyak. Pertukaran minyak hitam memastikan enjin terpelihara dengan baik. Pengguna minyak semi sintetik atau fully sentetik juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kita

Tips 2
Sistem cooler atau penyejuk pada kenderaan juga perlu diberikan perhatian, cecair penyejuk atau air perlu diperiksa secara berkala, pastinya ianya sentiasa mencukupi.

Tip 3
Tukar minyak enjin dan minyak gear secara berkala dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun jarang berlaku masalah,namun perhatian kepada kedua dua jenis minyak nie penting kerana jika berlaku kebocoran, lagi banyak kos yang korang perlu tanggung

Tip 4
Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian...emm nie paling sukar kan...namun itulah hakikatnya, boleh je hantar ke car wash tapi korang perlu pastikan juga kekotoran di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Tip 5
Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin

Tip 6
Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish juga perlu ,untuk memastikan korang menyingkir tar atau kotoran lain. Tar sebagai contohnya halus je, namun sekali melekat dekat keta korang, seksa nak membuangnya walaupu kecil je tar tu.

Tip 7
Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup

Tip 8
Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa jugak, korang gunakan cover pelindung yang sesuai.

Petua 9
Memeriksa, bersihkan cover plastik yang menutup bahagian dalaman tayar.

Tip 10
Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara berkala.


Sunday, 5 June 2016

Apakah NCB (Bonus Tanpa Tuntutan/ Non Claim Bonus)?




Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan memberikan anda bonus/diskaun. Peratusannya adalah seperti berikut:



1st year = 25%
2nd year = 30%
3rd year = 38.33%
4th year = 45%
5th year = 55% (maksimum)



 
NCB boleh dipindahkan mengikut pemilik dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yang lain.NCB juga boleh dipindahkan sekiranya anda membeli kereta baru.
Sekiranya anda membuat tuntutan, NCB anda akan hilang, maknanya anda perlu membeli insuran tanpa mendapat diskaun.





---------------------------------------------------------------------------------
 
>>Dapatkan Quotation dari kami secara PERCUMA untuk bantu anda bajet harga. Kami sediakan DISKAUN tambahan untuk anda serta PERCUMA stiker EtiQa.
melalui SMS/whatsapp:

SMS/whatsapp: <nama owner, ic owner, no kenderaan, model kenderaan, cc, tahun, manual/auto>

Contoh: <Ali Bin Ahmad, 770420415574 WYW5431, Perodua Myvi (A), 1.3, 2009, auto>

Dan hantar ke 011-18719490 / 013-9238084 :)

Apakah itu loading?


Loading adalah surcaj tambahan yang dikenakan ke atas kadar premium asas untuk menutup pendedahan berisiko tinggi. Contoh faktor-faktor risiko untuk loading adalah umur pemandu / umur kenderaan, pengalaman tuntutan, prestasi tinggi / kereta sukan.




Adakah anda akan kehilangan NCD jika anda membuat tuntutan?



         Jika mana-mana tuntutan dibuat terhadap polisi insurans motor anda semasa tempoh perlindungan, NCD anda akan dibatalkan dan kembali ke 0%. Anda akan perlu untuk memulakan untuk mengumpul diskaun anda dalam kitaran baru. 


  
        Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk tanpa kesalahan sendiri tuntutan dan tuntutan Kerosakan cermin, dengan syarat jika perlindungan tambahan untuk cermin dibeli. 






---------------------------------------------------------------------------------

>>Dapatkan Quotation dari kami secara PERCUMA untuk bantu anda bajet harga. Kami sediakan DISKAUN tambahan untuk anda serta PERCUMA stiker EtiQa.
melalui SMS/whatsapp:

SMS/whatsapp: <nama owner, ic owner, no kenderaan, model kenderaan, cc, tahun, manual/auto>

Contoh: <Ali Bin Ahmad, 770420415574 WYW5431, Perodua Myvi (A), 1.3, 2009, auto>

Dan hantar ke 011-18719490 / 013-9238084  :)

Wednesday, 1 June 2016

Apakah perbezaan Insurans Third Party(biasa) dengan Third Party(fire & theft)?



Insurans Third Party (fire & theft) melindungi kenderaan anda jika berlaku kecurian atau kebakaran manakala Third Party (basic) tidak. Kadar premium kedua-dua jenis insurans juga berbeza.



Monday, 30 May 2016

Apa yang Terjadi Sekiranya Syarikat Insurans Lain Memegang NCD Kereta Anda??

Masalah lazim apabila tiba masa anda nak renew insuran kereta anda ialah apabila NCD kereta anda dipegang oleh Syarikat Insurans lain iaitu anda telah terikat dgn Syarikat Insuran lain sehingga tidak dapat renew insuran kereta anda di Syarikat Insuran yg anda kehendaki.

Ada sesetengah Syarikat Insuran tidak memegang NCD kita, namun ada sesetengah pula memegang NCD pelanggan, bertujuan bagi mengekalkan pelanggan mereka yg sedia ada.

Kes ini kadangkala agak menyusahkan pihak insuran lain yg ingin memperbaharui insuran anda kerana mereka tidak dapat memproses covernote insuran anda dgn lengkap kerana NCD anda tidak dapat disemak di dalam sistem.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menghadapi masalah kerana ada sesetengah Syarikat Insuran tidak dapat melepaskan NCD kereta anda jika anda tidak datang sendiri ke Cawangan Syarikat Insuran tersebut bagi menyelesaikan masalah itu.

Untuk mengelak kejadian seperti ini dari terjadi, sebaiknya anda membuat tindakan bijak dgn memilih Syarikat Insuran yg tidak memegang NCD anda dan anda tidaklah terikat dgn Syarikat Insuran itu sahaja. 

Antara Syarikat Insuran yg tidak memegang NCD pelanggan mereka adalah Etiqa Takaful dan Takaful Malaysia.Pilihan di tangan anda. Anda bayar, anda yg tentukan.Jangan biarkan diri anda diperdaya dek kerana kekurangan ilmu ttg memperbaharui insuran kereta anda.



Tuesday, 24 May 2016

Nak tahu anggaran kos insuran dan roadtax kereta anda?


 
Sebelum kami dapat memproses permohonan tuan/puan, sila berikan maklumat berikut:


• Nama penuh dan nombor mykad bagi mengira diskaun NCD pemilik kereta.

• Maklumat kereta iaitu nama, no.ic, no. plat, model kereta, cc, tahun diperbuat dan transmisi auto/manual bagi mendapatkan harga pasaran kereta.










 Dapatkan Quotation dari kami secara PERCUMA untuk bantu anda bajet harga. Kami sediakan DISKAUN tambahan untuk anda serta PERCUMA stiker EtiQa.

Wassap ke 011-18719490 sekarang! :)