RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

Thursday, 19 May 2016

Mengenali NCD @ NCB Kereta Anda


NCB adalah singkatan daripada "Non Claim Bonus" iaitu diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans keatas pemilik kenderaan (kereta dan motosikal) yang tidak membuat tuntutan kemalangan. Peratusan NCB untuk kereta bermula dari 0% (minima) hingga ke 55% (maxima) sepertimana dibawah:


NCB untuk kereta di Tahun Pertama - 0%.
NCB untuk kereta di Tahun Kedua - 25%.
NCB untuk kereta di Tahun Ketiga - 30%.
NCB untuk kereta di Tahun Keempat - 38.33%.
NCB untuk kereta di Tahun Kelima - 45%.
NCB untuk kereta di Tahun Keenam - 55%.





Contoh, jika seorang pemilik kereta telah memiliki sebuah kereta selama 4 tahun penuh dari tarikh permulaan insurans kereta tersebut dan tidak pernah membuat tuntutan kemalangan dalam tempoh 4 tahun tersebut maka NCB kereta tersebut untuk tahun berikutnya (Tahun Kelima) adalah 45%. Sebaliknya jika dalam Tahun Keempat tersebut beliau ada membuat tuntutan kemalangan keatas kereta tersebut maka NCB kereta tersebut ketika pembaharuan untuk Tahun Kelima NCBnya menjadi 0% kembali.

No comments:

Post a Comment