:: 7 PERKARA EKSTREM YG PEMANDU MALAYSIA BUAT UNTUK DAPATKAN LEBIH PETROL ::
1. Lepas dah habis isi, nozel pam akan diketuk beberapa kali untuk
pastikan SETIAP TITIK minyak masuk ke dalam tangki. Setitik minyak yang
jatuh kat tanah dianggap satu pembaziran besar!
Bagai cecair emas tertumpah, kita akan cukup terkilan kalau ada minyak jatuh ke tanah, walaupun SETITIK.
2. Kita akan isi minyak pada waktu malam atau awal pagi sebab cuaca
lebih sejuk. Kalau isi masa siang dalam kepanasan cuaca Malaysia, kita
percaya minyak akan lebih tersejat ke udara. Jadi, memang rugilah!
Tapi sebenarnya, minyak yang sedia ada dalam tangki bawah tanah
tu memang dah sejuk. Oleh itu, kepercayaan bahawa kita akan dapat lebih
minyak kalau isi pada waktu malam ni hanyalah mitos. Isi pada waktu
siang atau malam sebenarnya sama je.
Mengepam minyak pada
waktu malam memang dah jadi ritual kita dari minggu ke minggu, apatah
lagi kita memang cukup selesa berpakaian santai dan sempoi.
3. Kita tak tekan nozel sampai habis. Kita tekan separuh je sebab
tak nak udara masuk ke dalam tangki semasa mengepam. Mesti jadi beb!
4. Hos petrol tu, ha… kalau lagi lurus lagi bagus! Lagipun petrol tu kita dah bayar kan?
5. Bila kita nampak lori Petronas tengah parking untuk topup minyak
dalam tangki bawah tanah, kita secara automatik tak nak isi minyak.
Manalah tau ada sedimen yang masih bergolak.
Tapi
sebenarnya, kita tak perlu paranoid kalau nak isi minyak walaupun semasa
lori tangki sedang melakukan tugas topup petrol. Industri petroleum
sekarang dah cukup canggih. Ethanol yang ditambah ke dalam petrol
sekaligus membersihkan apa jua jenis pencemaran dalam tangki. Jadi,
pamlah tanpa was-was!
6. Bila nozel minyak ditekan, kita
picit berhati-hati supaya jumlah petrol yang kita isi tu genap ke
ringgit yang seterusnya. Bukan apa, kita nak maksimakan mata ganjaran
dan rebat kad yang ada!
Nak dapat nombor genap bukan
senang, berbulan-bulan berlatih pun belum tentu dapat. Siapa-siapa yang
berjaya strike nombor genap tu memang championlah!
7. Kalau
esok harga minyak naik, kita berpusu-pusu dan bersungguh-sungguh isi
minyak sepenuh mungkin ke dalam tangki pada pukul 11.59 malam. Syabas
rakyat Malaysia!
No comments:
Post a Comment