RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

Monday 30 May 2016

Apa yang Terjadi Sekiranya Syarikat Insurans Lain Memegang NCD Kereta Anda??

Masalah lazim apabila tiba masa anda nak renew insuran kereta anda ialah apabila NCD kereta anda dipegang oleh Syarikat Insurans lain iaitu anda telah terikat dgn Syarikat Insuran lain sehingga tidak dapat renew insuran kereta anda di Syarikat Insuran yg anda kehendaki.

Ada sesetengah Syarikat Insuran tidak memegang NCD kita, namun ada sesetengah pula memegang NCD pelanggan, bertujuan bagi mengekalkan pelanggan mereka yg sedia ada.

Kes ini kadangkala agak menyusahkan pihak insuran lain yg ingin memperbaharui insuran anda kerana mereka tidak dapat memproses covernote insuran anda dgn lengkap kerana NCD anda tidak dapat disemak di dalam sistem.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menghadapi masalah kerana ada sesetengah Syarikat Insuran tidak dapat melepaskan NCD kereta anda jika anda tidak datang sendiri ke Cawangan Syarikat Insuran tersebut bagi menyelesaikan masalah itu.

Untuk mengelak kejadian seperti ini dari terjadi, sebaiknya anda membuat tindakan bijak dgn memilih Syarikat Insuran yg tidak memegang NCD anda dan anda tidaklah terikat dgn Syarikat Insuran itu sahaja. 

Antara Syarikat Insuran yg tidak memegang NCD pelanggan mereka adalah Etiqa Takaful dan Takaful Malaysia.Pilihan di tangan anda. Anda bayar, anda yg tentukan.Jangan biarkan diri anda diperdaya dek kerana kekurangan ilmu ttg memperbaharui insuran kereta anda.



No comments:

Post a Comment