RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

Friday 20 May 2016

Tips Jimat Minyak!!!

:: 7 PERKARA EKSTREM YG PEMANDU MALAYSIA BUAT UNTUK DAPATKAN LEBIH PETROL ::





1. Lepas dah habis isi, nozel pam akan diketuk beberapa kali untuk pastikan SETIAP TITIK minyak masuk ke dalam tangki. Setitik minyak yang jatuh kat tanah dianggap satu pembaziran besar!
Bagai cecair emas tertumpah, kita akan cukup terkilan kalau ada minyak jatuh ke tanah, walaupun SETITIK.


2. Kita akan isi minyak pada waktu malam atau awal pagi sebab cuaca lebih sejuk. Kalau isi masa siang dalam kepanasan cuaca Malaysia, kita percaya minyak akan lebih tersejat ke udara. Jadi, memang rugilah!
Tapi sebenarnya, minyak yang sedia ada dalam tangki bawah tanah tu memang dah sejuk. Oleh itu, kepercayaan bahawa kita akan dapat lebih minyak kalau isi pada waktu malam ni hanyalah mitos. Isi pada waktu siang atau malam sebenarnya sama je.
Mengepam minyak pada waktu malam memang dah jadi ritual kita dari minggu ke minggu, apatah lagi kita memang cukup selesa berpakaian santai dan sempoi.


3. Kita tak tekan nozel sampai habis. Kita tekan separuh je sebab tak nak udara masuk ke dalam tangki semasa mengepam. Mesti jadi beb!


4. Hos petrol tu, ha… kalau lagi lurus lagi bagus! Lagipun petrol tu kita dah bayar kan?


5. Bila kita nampak lori Petronas tengah parking untuk topup minyak dalam tangki bawah tanah, kita secara automatik tak nak isi minyak. Manalah tau ada sedimen yang masih bergolak.
Tapi sebenarnya, kita tak perlu paranoid kalau nak isi minyak walaupun semasa lori tangki sedang melakukan tugas topup petrol. Industri petroleum sekarang dah cukup canggih. Ethanol yang ditambah ke dalam petrol sekaligus membersihkan apa jua jenis pencemaran dalam tangki. Jadi, pamlah tanpa was-was!


6. Bila nozel minyak ditekan, kita picit berhati-hati supaya jumlah petrol yang kita isi tu genap ke ringgit yang seterusnya. Bukan apa, kita nak maksimakan mata ganjaran dan rebat kad yang ada!
Nak dapat nombor genap bukan senang, berbulan-bulan berlatih pun belum tentu dapat. Siapa-siapa yang berjaya strike nombor genap tu memang championlah!

7. Kalau esok harga minyak naik, kita berpusu-pusu dan bersungguh-sungguh isi minyak sepenuh mungkin ke dalam tangki pada pukul 11.59 malam. Syabas rakyat Malaysia!

No comments:

Post a Comment