RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

Friday 20 May 2016

Mengapakah anda tidak boleh menginsuranskan kenderaan anda pada sebarang nilai yang anda fikir munasabah?



           Adalah mustahak untuk menginsuranskan kenderaan anda pada nilai pasaran dan bukan pada nilai yang anda mahu bagi mengelakkan terlebih atau terkurang insurans. Terlebih insurans berlaku apabila anda menginsuranskan kenderaan anda pada nilai yang lebih tinggi daripada nilai pasaran. Apabila anda membuat tuntutan, syarikat insurans hanya akan membayar anda mengikut harga pasaran kenderaan anda. Sekiranya anda terlebih insurans ke atas kenderaan anda, anda telah membayar premium yang lebih tinggi, tetapi sebenarnya tidak perlu.

          Terkurang insurans berlaku apabila jumlah yang diinsuranskan lebih rendah daripada nilai pasaran. Dalam kes ini, anda adalah dianggap 'menginsuranskan sendiri' perbezaan di antara kedua-dua nilai tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku kerosakan, anda perlu menanggung bahagian yang anda insuranskan sendiri, daripada keseluruhan jumlah kos membaiki kenderaan anda. Contohnya, sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda sebanyak 80% daripada nilai pasaran, syarikat insurans akan hanya membayar 80% daripada jumlah kos pembaikannya.

         Sentiasa semak dengan pemegang francais kenderaan tentang nilai pasaran kenderaan anda untuk mengelakkan terlebih atau terkurang insurans. Anda boleh bertanya kepada syarikat insurans/ejen anda untuk mendapatkan pengesahan daripada pemegang francais kenderaan tentang amaun yang sepatutnya diinsuranskan. 




 

Wassap ke 011-18719490 / 013-9238084 untuk dapatkan sebutharga insuran & roadtax kereta anda. :)

No comments:

Post a Comment