RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

Sunday 12 June 2016

10 Tips Asas Menjaga Kereta

 
 
Memang terdapat servis yang khusus, terutama kereta baru, namun ramai jugak pomen yang suka ambik kesempatan, rosaknya sikit je, tapi balun duit cukup cukup dengan bagitau banyak bahagian yang rosak, korang pernah alami masalah nie tak?

Terdapat perbezaan yang ketara terutamanya bila kita bercakap tentang penjagaan kereta. Selain servis tukar minyak hitam atau minyak enjin terdapat jugak aspek lain, seperti cara pemanduan dan cara untuk tahu kenderaan kita sakit atau tak, so korang kena peka dengan sebarang perubahan bunyi, minyak yang tumpah, asap yang keluar selain, dashboard kereta seperti petunjuk tahap heat atau kepanasan enjin, air cond, dan sebagainya. Malahan bahagian yang tidak melibatkan enjin juga perlu diberikan perhatian.Contoh tayar atau getah serta plastik juga pada kenderaan atau kereta perlu diberikan perhatian, banyakkan.. So sebenarnya penjagaan kereta nie jugak bergantung kepada owner keta tu, kalau korang sanggup serah segalanya kepada pomen,tak jadi hal jika pomen tu jujur...tapi bagaimana jika pomen tu menipu, Banyak bengkel buat duit dengan cara nie, bukan saya kata semua tapi ada yang tak jujur...so bagaimana nak jaga kereta korang supaya tahan lama? Berikut adalah tips ringkas



Tip 1
Memeriksa dan menukar minyak hitam atau minyak enjin secara berkala atau berjadual, pastikan juga tidak berlaku sebarang kebocoran pada pam minyak. Pertukaran minyak hitam memastikan enjin terpelihara dengan baik. Pengguna minyak semi sintetik atau fully sentetik juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kita

Tips 2
Sistem cooler atau penyejuk pada kenderaan juga perlu diberikan perhatian, cecair penyejuk atau air perlu diperiksa secara berkala, pastinya ianya sentiasa mencukupi.

Tip 3
Tukar minyak enjin dan minyak gear secara berkala dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun jarang berlaku masalah,namun perhatian kepada kedua dua jenis minyak nie penting kerana jika berlaku kebocoran, lagi banyak kos yang korang perlu tanggung

Tip 4
Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian...emm nie paling sukar kan...namun itulah hakikatnya, boleh je hantar ke car wash tapi korang perlu pastikan juga kekotoran di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Tip 5
Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin

Tip 6
Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish juga perlu ,untuk memastikan korang menyingkir tar atau kotoran lain. Tar sebagai contohnya halus je, namun sekali melekat dekat keta korang, seksa nak membuangnya walaupu kecil je tar tu.

Tip 7
Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup

Tip 8
Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa jugak, korang gunakan cover pelindung yang sesuai.

Petua 9
Memeriksa, bersihkan cover plastik yang menutup bahagian dalaman tayar.

Tip 10
Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara berkala.


No comments:

Post a Comment