RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

RENEW ROADTAX & INSURANS MYEG

Monday 27 June 2016

Tips Penting Membeli Kereta Terpakai


Buat Pilihan Jenama Yang Tepat Sebelum Membeli Kereta
Pilihan yang tepat amat penting sebelum anda memutuskan untuk membeli kereta. Beberapa perkara yang mesti dipertimbangkan.... kecuali anda memang betul-betul berminat dengan kereta dan jenama tersebut, kalau tak beli anda boleh jadi makan tak lalu mandi tak basah.... juga anda orang berduit bolehlah teruskan dengan minat anda.
Perkara utama yang mesti dipertimbangkan ialah:
a. Reliability
Reliabilty dan quality sepatutnya menjadi perkara utama dalam memilih kereta. Ketepatan dalam memilih jenama yang berkualiti mengelakkan anda tidak perlu mengeluarkan wang dan masa yang banyak untuk berulang-alik ke bengkel. Biasanya kereta ini tak banyak meragam... selesa dipakai dan handlingnya baik walaupun usia melebihi 10 tahun.
b. Pilihlah kereta yang banyak dipakai orang dan masih ramai lagi orang yang memakai jenama ini walaupun usia kereta sudah lanjut. Biasanya kereta-kereta yang banyak dipakai orang mudah untuk mendapatkan spare part. Spare partnya pun tidaklah mahal sangat. Jenama proton (tak semua model) dan perodua dari buatan tempatan mungkin boleh dipertimbangkan. Begitu juga jenama dari Jepun seperti Toyota, Honda dan Nissan merupakan pilihan ramai.
c. Maintenance rendah. Bagi orang yang ingin jimat duit lebih baiklah cari kereta yang senang untuk dijaga dan kosnya agak rendah untuk dibaiki. Kereta-kereta Korea dan Eropah biasanya spare part mahal dan kadang-kadang susah untuk dapatkan spare partnya.
d. Harga kereta. Biasanya kereta yang kurang demand di pasaran harganya agak murah walaupun masih baru...kenape? Faktornya adalah sebagaimana yang dibincangkan di atas.
Berhati-Hati Semasa Membeli Kereta Terpakai
Biasanya kereta-kereta yang ada dijual di kedai-kedai used car ada 'masalah', sama ada sedikit atau banyak.  Sekiranya anda tersilap beli anda akan menghabiskan duit dan masa dengan keluar masuk woksyop.  Semasa melihat-lihat kereta yang nak dibeli sebaiknya fikirkan dulu kenapa agaknya owner asal jual kereta ni...  Ada sebab-sebab tertentu orang jual kereta di antaranya;
a.  Tak mampu bayar hutang yangmana akhirnya terpaksa dijual. Biasanya kereta ini masih baru dan untung juga owner kedua kerana kereta ini kurang masalah atau tidak ada masalah langsung - pakai je. Ada juga kereta yang ditarik dan dibeli oleh used car semasa lelongan bank.
b.  Pada pandangan aku orang kaya terutama ahli perniagaan biasanya tak pakai lama kereta iaitu sekitar 3 tahun shj (itupun dah dikira lama). Mereka akan sentiasa mengikut perkembangan model kereta ..yalah banyak duit katakan...dan bagi mereka kereta adalah untuk menunjukkan keyakinan kepada customer mereka. Biasanya orang kaya akan lanyak kereta mereka cukup-cukup...ya lah tak ada niat pakai lama katakan.. .Namun ada juga yang orang kaya yang ada sampai 5/6 biji kereta..so yang ni kereta mereka tak lasak kerana kurang diguna.
c. Owner asal jual kerana kereta sudah mengalami accident yang teruk.
d. Ada orang jual kereta kerana sudah tak tahan asyik berulang alik worksyop...bukan kerja kat woksyop tapi terpaksa ke sana kerana kereta meragam.
e. ada orang jual kereta kerana tak puas hati dengan performancenya.
f. Kereta yang umurnya melebihi 5 tahun biasanya terdapat parts yang perlu ditukar.  Ini adalah kerana parts kereta ada expired. Contohnya timing belt boleh dipakai untuk 60ribu (bagi kenderaan buatan Korea) dan 100 ribu (bagi kereta Malaysia dan Jepun).
Cara Memilih Kereta Terpakai
a. Bawa pomen, sebaik-baiknya bawalah pomen itu untuk cek kereta yang anda nak beli kereta mereka merupakan pakar kereta.  Sekali pandang dan sekali start sahaja pomen sudah tau baik buruknya kereta tu.
b. Periksa keadaan cat kereta.  Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik untuk dibuat pilihan.  Biasanya pihak used car akan cat kereta-kereta yang akan dijual supaya kelihatannya lebih menarik.  Sekiranya kereta yang telah dicat semula pastikan warnanya adalah warna asal.  Nak tahu warna asal cek pada bahagian enjin.  Biasanya warna asal akan tercatat (engraved) pada bahagian badan kereta berhampiran dengan enjin. 
Sekiranya warna yang tercatat adalah berlainan dengan warna terkini padahal kereta masih baru iaitu sekitar 5 tahun ke bawah kemungkinan kereta itu sudah mengalami kemalangan yang teruk. Catatan warna asal juga terdapat pada geran kereta.  Sekiranya warna terkini adalah sepertimana yang ada pada 'engraving' atau pada geran, anda boleh cek bahagian dalaman kereta seperti bahagian enjin, bahagian antara badan dan pintu kereta, dalam boot dan lain-lain bahagian terutama bahagian yang tersembunyi. 
Bahagian-bahagian ini pasti ada perbezaan dengan bahagian luar, biasanya bahagian dalaman kenderaan warnanya adalah pudar.  Sekiranya bahagian dalaman ini ada kesan baru di cat kemungkinan juga kereta telah mengalami kemalangan atau warna pada compartment enjin totally berlainan; cth dalam compartment warna biru tetapi bahagian luar badan sudah di spray putih, confirm kereta ni ada accident teruk. Dinasihatkan juga agar tidak melihat kereta semasa hujan atau kereta basah. Kalau tengok masa ni semuanya nampak bagus.
c.  Periksa bahagian bawah badan kenderaan.
Anda juga boleh cek keseluruhan bahagian bawah kereta tentang kemungkinan terdapat kesan kemek atau kedudukan parts yang tak sama. Kereta yang pernah mengalami kemalangan bahagian bawah susah untuk dibetulkan dan tidak boleh buat alignment.  Jadi anda terpaksa sentiasa menukar tayar kerana bunga tayar cepat haus sebelah. Anda juga boleh cek kedudukan tayar kereta. Tayar depan mesti selari dengan tayar belakang. Boleh cek dengan cara pejam sebelah mata dari kedudukan tayar depan dan perhatikan ke arah tayar belakang sama ada tayar depan dan belakang sama atau tidak. Juga cek kebocoran minyak hitam dan minyak gear, sekiranya ada kesan minyak menitik atau kesan minyak yang banyak dalam enjin elakkan beli kenderaan ini kelak anda terpaksa menghabiskan duit untuk repair.  Anda boleh juga minta supaya pihak used car repair enjin. Tetapi pada pandangan saya elakkan beli kereta ini kerana sekiranya mereka repair, mereka repair paling minima.
d.  Bahagian dalaman kenderaan.
Cek bahagian dalam kereta, sekiranya bahagian dalam kereta terutama dashboard, bahagian tengah konsol gear dan lain-lain, sekiranya plastik-plastik ini tercalar dan nampak lusuh ertinya tuan asal kurang  memperdulikan kenderaannya,  Periksa juga semua butang dan suis, barang elektronik seperti power window, signal, lampu, wiper, aircond dan lain-lain di 'on',.  Aku pernah terjumpa kereta yang apabila dipasang lampu besar, enjin akan terpadam.  Ini bererti sistem elektriknya tidak baik.  Jangan beli kereta ini.  Biasanya pihak used car akan bagi kita bateri lama. Jadi demand dengan mereka supaya belikan yang baru atau pastikan voltan masih tinggi, kalau tidak jangan beli kereta ini.  Pastikan aircond sejuk, sekiranya aircond tidak sejuk atau rosak, jangan beli kereta ini sekalipun salesman berjanji akan repair.  Aku sendiri pernah terkena; aku dah sedar bahawa aircond tak sejuk tetapi dah berkenan sangat dengan kereta ni, aku mintak pihak used car repair.  Apa yang jadi ialah semasa aku mula-mula ambil kereta tu, aircondnya sejuk tetapi setelah beberapa hari pakai aircond tak sejuk.  Aku complain kat used car tu balik tapi dah terlambat, duit sudah dibayar cina tu kata tak ada perjanjian warranty.
e. Warranty
Sebaiknya anda minta warranty untuk kereta terpakai yang dibeli.  Warranty kereta 2nd hand tak lama iaitu sekitar 2 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada used car.  Kebanyakannya mereka tak berani nak bagi warranty kecuali pembeli yang minta. Sekiranya ada perjanjian warranty, minta salesman catat di bahagian resit.  Sekiranya mereka tak berani bagi warranty lebih baik abaikan kereta tu. Used car bersepah kat mana2 terutama bandar-bandar besar.
f.  Jangan tunjukkan anda terlalu berminat dengan kenderaan itu.
Sekiranya anda tunjukkan minat yang berlebihan, di sinilah pihak salesman akan berusaha memujuk anda supaya terus saja letak deposit, ingat selepas anda tinggal deposit jangan harap anda akan dapat balik duit itu melainkan anda terpaksa juga beli kereta tu atau deposit anda lesap.  Sebenarnya anda mempunyai masa yang banyak untuk memilih dan memikirkan kereta yang terbaik untuk anda.
6.  Periksa enjin
Buka bonet dan cek bahagian enjin. Sekiranya enjin belum dibersihkan minta salesman cuci enjin, esoknya cek sekali lagi enjin yang sudah dibersihkan dan pastikan tiada minyak yang keluar.  Kemudian cuba hidupkan enjin, pastikan enjin dapat dihidupkan sekali atau dua kali start sahaja.  Tekan pedal minyak dan cek asap yang keluar, jangan beli kereta yang asapnya masyaallah berkepul-kepul keluar dari exzos kecuali enjin diesel. Asap yang banyak keluar menandakan kereta kena overhaul.  Tali kipas, tali aircond dan tali enjin juga pastikan tidak nampak kesan pecah.  Water hose juga boleh dicek dengan ditekan dengan menggunakan dua jari, sekiranya terasa ada bunyi seperti hose sudah rapuh minta salesman tukarkan. Biasanya hose boleh bertahan sehingga 8 atau 10 tahun.
7. Mileage
Carilah kereta yang mempunyai mileage yang rendah.  Kereta yang mempunyai mileage tinggi biasanya maintenencenya juga tinggi.
8. Tayar
Carilah kereta yang mempunyai tayar baru dan bunga masih banyak.  Sekiranya tayar telah botak, minta salesman gantikan dengan baru - kalau dia nak bagi secondhand tyre; jangan terima.  Awas! tayar 2nd hand  mempunyai tarikh luput walaupun bunga masih banyak.  Biasanya tayar buatan Malaysia jangka hayatnya ialah 5 tahun dan tayar import 3 tahun. Mesti diingat ramai orang sukakan tayar 2nd hand kerana ianya murah walhal tayar itu sudah tidak selamat.  Banyak juga kes-kes kemalangan kerana tayar pecah.
9. Test Drive
Kereta yang nak dibeli mestilah di test drive.  Sebaiknya driving yang boleh mencapai 100+ km/h. Apabila anda sedang test drive cubalah dengar bunyi2 yang asing sekiranya ada, kalau ada bunyi asing seperti bunyi bising pada gear box atau kereta bergegar sebaiknya elakkan membeli kereta ini. Ada juga salesman berkeras tak bagi kita test drive... kononnya takut rosak, so don't ever ever beli kereta ni, kita pun mesti berkeras, tak bagi test tak jadi beli.
10. Resit Service
Sebaiknya cuba dapatkan resit service kereta tersebut dengan salesman. Biasanya kereta yang berusia 5 tahun ke bawah masih ada lagi resit-resit service sekiranya owner asal serahkan kepada used car. Masa aku trade in kereta aku dulu pun pihak used car minta semua resit service dan yang berkaitan dengannya. Pada resit ini akan tercatat semua aduan yang telah dibuat oleh tuan kereta yang asal. Jadi secara tak langsung kita akan dapat tahu sejarah service dan pemeriksaan yang telah dibuat di pusat-pusat service bertauliah.


No comments:

Post a Comment